Tertuduh yang berusia 59 tahun itu didakwa melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan wanita itu tanpa kebenaran di sebuah rumah di Jalan Laguna,Perai dekat sini pada jam 2 petang, 1 Dis lalu.


Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya dibenar ikat jamin atas alasan tertuduh menghidap penyakit diabetes, darah tinggi dan sakit lutut.

Hakim Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Jan ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazratul Natrah Mohd Yusof. - BERNAMA