Tuduhan pertama, Liew Leow didakwa melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak itu yang ketika kejadian berusia 11 tahun di sebuah rumah di Petaling Utama, Petaling Jaya, dekat sini pada November 2011.

Tuduhan kedua, bapa kepada dua anak itu didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang kini berusia 17 tahun di rumah yang sama pada 7 Oktober lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintahkan tertuduh dilarang jamin dan menetapkan sebutan pada 4 Disember depan. - UTUSAN ONLINE