Tertuduh, Ahmad Tamimi Juri, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

Berdasarkan pertuduhan dikemukakan, kerani berkenaan didakwa telah melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita berusia 49 tahun dengan mengugut untuk menyebarkan gambar bogel tersebut.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di Pangsapuri Orkid, Puchong Prima Puchong, di sini.

Kesalahan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran mencadangkan kepada mahkamah agar jaminan dikenakam terhadap tertuduh adalah RM8,000.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah agar jumlah jaminan tersebut dikurangkan.

Ariffin kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dan sebutan semula kes berkenaan pada 24 April depan.- UTUSAN ONLINE