Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Orang tengah kes rasuah polis di Melaka direman enam hari

                        Orang tengah kes rasuah polis di Melaka direman enam hari
SEORANG lelaki yang memainkan peranan sebagai orang tengah direman selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.-UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 19 Mei - Seorang lelaki yang memainkan peranan sebagai orang tengah direman selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.

Perintah tahanan terhadap lelaki berumur 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Nadia Othman di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 bermula hari ini hingga 24 Mei depan.


Menurut sumber, lelaki tersebut bekerja sendiri dan berperanan sebagai orang tengah untuk mengutip wang suapan, dia ditahan semalam pada pukul 9 malam selepas hadir memberi keterangan berhubung kes berkenaan di ibu pejabat SPRM di sini.


“Dia mengutip wang suapan sebelum diserahkan kepada suspek-suspek yang lain, akaun bank lelaki itu juga turut digunakan untuk menyimpan wang suapan, nilai rampasan masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Katanya lagi, lelaki itu merupakan orang awam keempat dan merupakan suspek ke 11 yang ditahan berhubung kes menerima rasuah bagi melindungi pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka.


Terdahulu suspek yang memakai baju lokap berwarna oren dengan tangan bergari tiba di perkarangan Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 9 pagi


Penahanan suspek dan 10 lagi termasuk dua ketua polis daerah merupakan usaha SPRM untuk membanteras kegiatan rasuah melibatkan judi dan rumah urut haram yang masih berleluasa ekoran sikap tidak berintegriti termasuk dalam kalang­an pihak berkuasa.


Terdahulu semalam, seorang anggota polis berpangkat koperal berumur 52 tahun yang bertugas di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka direman selama tujuh hari selepas ditahan dirumahnya di Kuarters IPK sama.


Turut dirampas semasa koperal berkenaan ditahan ialah wang tunai sebanyak RM800,000 yang disembunyikan didalam stor kediamannya.


Sebelum itu, selain suspek berpangkat koperal, dua Ketua Polis Daerah yang bertugas di Melaka Tengah serta Jasin, seorang inspektor dan satu orang awam turut ditahan bagi membantu siasatan kes yang sama.


Manakala pasa Selasa lalu, dua orang awam termasuk seorang peng­usaha pusat judi ha­ram yang dipercayai mempunyai ‘kuasa’ untuk menukar mana-mana pegawai polis yang tidak be­kerjasama dengan mereka ditahan bersama tiga pegawai polis masing-masing dua berpangkat deputi superintenden dan seorang inspektor.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain