Mohd. Shukor Ishak, 30, dari Kampung Hutan Temin, Mata Air, Arau membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azhar Abu Hassan.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Hajar Ahmad manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Amril Johari.

Terdahulu, Siti Hajar memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan setelah anak guamnya mengakui kesilapan dan insaf dengan perbuatannya.

Mengikut pertuduhan, tertu­duh yang menggunakan nama Mohd. Shukor RK, memuat naik komen jelik terhadap Mohd. Asri yang lebih dikenali sebagai Dr. Maza secara sedar melalui akaun Facebook beliau pada pukul 6.30 petang, 30 April lepas dengan niat untuk menyakitkan hati orang.

Dia dituduh mengikut seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak le­bih satu tahun atau kedua-dua­nya. – BERNAMA