Hakim, Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd. Fifi Md. Yousoff, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Yahya manakala tertuduh diwakili peguamnya, Ahmad Halem Mohamad Husin.

Mohd. Fifi dari Telok Gadong Kecil, Klang didakwa menumbuk Mohammad Izhharuddin di Jalan Sungai Udang di sini pada pukul 6.40 petang, 3 Februari lalu selepas mangsa terlupa menjemput anak saudaranya pulang dari sekolah agama. - UTUSAN ONLINE