P.Karunagaran, 20, dari Taman Batu Gajah Perdana, Batu Gajah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Zulqarnain Hasan.

Mengikut pertuduhan, Karunagaran didakwa telah merogol mangsa pada kira-kira pukul 12.45 pagi, 26 Oktober lalu di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana, Batu Gajah dekat sini.

Dia yang diwakili peguam, R.Rajasegaran juga didakwa sekali lagi telah merogol mangsa pada kira-kira pukul 2.30 pagi, 27 Oktober lalu di tempat sama.

Kedua-dua pertuduhan ini dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE