Siti Rosmizah Semail selaku pihak plaintif menamakan Ziela atau nama sebenarnya Norzila Abdul Jalil yang juga penerbit Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. itu sebagai pihak defendan.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya, Siti Rosmizah mendakwa, pihak defendan menggunakan aplikasi Instagram dengan menulis tiga kenyataan yang didakwa memfitnahnya antara 9 Februari dan 10 April lalu.

Plaintif juga mendakwa pihak defendan memberi kenyataan memfitnah yang diterbitkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, sisipan Pancaindera, pada 16 April lalu.

Beliau sehubungan itu selain menuntut ganti rugi turut memohon antaranya perintah injunksi terhadap Ziela untuk mengeluarkan kenyataan fitnah tersebut dari laman instagramnya. - UTUSAN ONLINE