Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, transaksi itu didakwa dilakukan melalui Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS) di antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti salah itu atau RM5 juta atau yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah. - UTUSAN ONLINE