Hakim Azman Ahmad memerintahkan agar wang ikat jamin sebanyak RM500,000 dijelaskan hari ini manakala bakinya perlu dilunaskan dalam tempoh 10 hari.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 November ini.

Najib, 65, dan Mohd. Irwan Serigar, 61, sebelum itu  masing-masing mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan bersama melakukan pecah amanah membabitkan dana Kerajaan Malaysia berjumlah lebih RM6.6 bilion.- UTUSAN ONLINE