Najib, 65,  dan Irwan Serigar, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya sebagai penjawat awam iaitu masing-masing atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan telah diamanahkan ke atas harta iaitu wang antara RM220 juta dan RM1.3 bilion milik Kerajaan Malaysia didakwa telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut.

Jumlah keseluruhan wang tersebut adalah RM6,636,065,000.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017.

Mereka didakwa  mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama  dan boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh  juga dikenakan denda. - UTUSAN ONLINE