Notis rayuan itu juga telah diserahkan ke Jabatan Peguam Negara kira-kira pukul 3 petang tadi.

Pada Jumaat lalu, Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menolak permohonan tersebut atas alasan ia merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Pada 4 Julai lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna jawatan berhubung wang RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Rabu lalu, Ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan ke atas keempat-empat pertuduhan berkenaan selain tiga pertuduhan baharu iaitu beliau didakwa menerima wang RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang dikaitkan dengan dana syarikat sama. - UTUSAN ONLINE