Ahli Parlimen Pekan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali ketika sebutan kes melibatkan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Mengikut pertuduhan, Najib, 66, telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang keseluruhan berjumlah RM47 juta yang merupakan hasil aktiviti haram ke dalam tiga akaun miliknya.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad Bangunan Ambank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan di sini pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun. - UTUSAN ONLINE