Perintah reman terhadap suspek berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Noorhidayah Mohd. Saad di Mahkamah Majistret di sini.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga  dibawa ke mahkamah pada pukul 10.50 pagi dengan diiringi anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.

Dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.47 pagi itu, lima individu termasuk seorang bayi yang menaiki kereta jenis Kia Forte rentung setelah kenderaan yang dinaiki mereka dirempuh sebuah treler muatan bijih besi dan terbakar.

Sehingga kini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti ekoran dokumen pengenalan diri turut musnah dalam kejadian tersebut.-UTUSAN ONLINE