Hakim Rozina Ayob memberikan tempoh tersebut selepas peguam Francis Ng Aik Guan memaklumkan pihaknya masih mempertimbangkan isu berkenaan.

"Kami masih belum menerima kesemua dokumen berkaitan kes ini. Selepas menerima dan meneliti semua dokumen, baru kami akan putuskan sama ada untuk memindahkan kes ini atau tidak,"katanya.

Pada 5 November lalu, Musa didakwa atas 35 pertuduhan menerima rasuah daripada lapan pemilik konsesi balak  berjumlah AS$63.3 juta (RM263,460,962.313).
    
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu lapan bank dan institusi kewangan di Hong Kong, China dan Singapura di antara 20 Disember 2004 dan 6 November 2008.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE