Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mukhyuddin 
dilantik 
Ketua Hakim 
Syarie

PUTRAJAYA 4 Sept. – Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Mukhyuddin Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah dan Ketua Hakim Syarie yang baharu berkuat kuasa Sabtu lalu.

Menurut Jabatan Kehakiman Syariah, Mukhyud­din, 59, menggantikan Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut yang tamat kontrak pada 31 Ogos lalu.

Katanya, Mukhyuddin yang telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir.

“Beliau pernah menjawat jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan; Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan sama, Jabatan Kehakiman Syariah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ibrahim di atas sumbangan dan khidmat bakti kepada jabatan tersebut dan negara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain