rasuah menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak.

Mohd. Isa, 69, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas 10 pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd. Isa didakwa sebagai seorang Pengarah Syarikat

Felda Investment Corporation Sdn Bhd ynag diamanahkan dengan dana syarikat itu telah melakukan pecah amanah dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Perbuatan itu bertentangan dengan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda Bil 303 bertarikh 25 Jun 2013 yang dibuat berkenaan pelaksanaan amanah tersebut di mana ahli lembaga pengarah Felda memberi mandat kepada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat FIC dalam membuat keputusan pelaburan yang melibatkan projek bernilai RM100 juta ke bawah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 50 Menara Felda Platinum Park, No. 11 Persiaran KLCC pada 29 April 2014.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga kesepuluh, Mohd Isa didakwa secara rasuah menerima suatu suapan untuk dirinya iaitu wang tunai yang kesemua berjumlah RM3,090,000.00 daripada Ikhwan Zaidel iaitu ahli lembaga pengarah Syarikat Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd melalui Muhammad Zahid Md. Arip sebagai upah bagi membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak oleh pihak Syarikat Felda Investment Corporation Sdn Bhd yang bernilai RM160 juta.

Mohd. Isa didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 49 Menara Felda Platinum Park, No11 Persiaran KLCC  di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai dan 25 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE