Dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Mkini Dotcom selaku pihak pemohon menamakan kerajaan Malaysia dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden pertama dan kedua. 


Pihak pemohon mendakwa, akta tersebut melanggar Fasal 5(1) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan. 


Mkini Dotcom turut memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden pertama hingga ketiga untuk mengadakan satu siasatan tempatan di bawah Seksyen 5 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan bagi mempertimbangkan representasi mereka kepada responden pertama untuk bertindak menurut peruntukkan tersebut.


Alasan yang diberikan adalah definisi berita tidak benar adalah apa-apa berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam sebarang bentuk lain yang boleh menggambarkan perkataan atau idea. 


Akta tersebut bagi pihak pemohon meletakkan beban yang terlampau berat kepada mereka untuk memastikan setiap perkara yang diterbitkan melalui bentuk laporan atau pendapat adalah benar secara muktamad. -UTUSAN ONLINE