Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Wong Choong Wai, 40, mengaku bersalah memiliki kad kredit OCBC Bank milik Koh Kheng Cheong, 46, dengan mengetahui bahawa harta tersebut adalah harta curi.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan PJU 1A/48, Pusat Perdagangan Dana 1 di sini, 26 April tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dihukum penjara 12 bulan dari tarikh tangkapan iaitu 17 Julai tahun lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Choong Wai turut mengaku bersalah atas pertuduhan dengan curang menyalahgunakan harta curi tersebut untuk pembelian laptop jenama Apple dan telefon bimbit jenama OPPO yang bernilai RM10,895 di sebuah pusat beli-belah, tempat yang sama kira-kira pukul 9 malam, tarikh sama.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda.

Bagi kesalahan itu, dia dihukum penjara 12 bulan dan sebatan dua kali. Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak.- UTUSAN ONLINE