Muhamad Hafizi Mat Jusoh, 19, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca semula kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 5 November lalu, remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Hafizi didakwa memiliki dua butir bom improvised explosive device (IED) di sebuah rumah di Kampung Merkang, Pasir Puteh pada pukul 6.05 petang, 10 Oktober lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam Arif Azami Hussein, didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan minimum enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Muhamad Hafizi turut berdepan empat pertuduhan lain iaitu didakwa memiliki gambar, video dan dokumen, memaparkan bahan berkaitan kumpulan pengganas, memberi latihan menerusi aplikasi WhatsApp dan hadir di tempat latihan pengganas Daesh.