Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mengaku tidak bersalah rempuh pejalan kaki

PULAU PINANG 10 April – Seorang pekerja kapal dihadapkan ke Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini atas pertuduhan menunggang motosikal secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang wanita yang melintas jalan di Jalan Burma di sini, Khamis lalu.

NAZRI CHE LAH mengaku tidak bersalah menunggang motosikal secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang wanita di Mahkamah Khas Trafik, Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, semalam. utusan/AZMAN ASMAYATIM

Nazri Che Lah, 44, mengaku tidak bersalah terhadap pertu­duh­­an tersebut yang didakwa dilakukannya kira-kira pukul 10.30 pagi, 6 April lalu.

Mengikut pertuduhan, dia di­dakwa menunggang motosikal de­ngan nombor pendaftaran PMX 7454 secara melulu sehingga menyebabkan kematian Foo Swee Wah, 58.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendak­wa Raya, Nurul Fatin Hussin mengikut Seksyen 41(1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan memohon lesen kenderaan tertuduh digantung.

Bagaimanapun tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan pakaian hospital memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tidak mampu membayar wang jaminan yang tinggi kerana be­kerja dengan pendapatan bulanan RM1,500 sahaja dan menanggung seorang isteri yang tidak bekerja.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan lesen tertuduh digantung sehingga kes selesai serta menetapkan 29 Mei ini sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.

Khamis lalu, Swee Wah dilanggar sebuah motosikal yang tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, menyebabkan mangsa yang melintasi laluan pejalan kaki ce­dera parah sebelum disahkan meninggal dunia.

Video rakaman kemalangan yang meragut nyawa itu tular di media sosial dan netizen mengecam tindakan penunggang motosikal yang membahayakan ke­selamatan pengguna jalan raya.

Polis kemudian menahan penunggang motosikal itu semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) keesokannya akibat cedera dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain