Tertuduh, Mustaqim Ab Wahab, 32, yang merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa, memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah. 

Mengikut pertuduhan, Mustaqim didakwa dengan sengaja membenam kepala Fatini Aleysha Abd Karim ke dalam baldi berisi air sehingga menyebabkan kematian mangsa di Kompleks Perdagangan DWJ Meru di sini, antara pukul 4 hingga 5.41 pagi, pada 24 Mei 2017. 

Pendakwaan yang dikemukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman sementara tertuduh diwakili peguam, Ranjit Singh Sandhu. - UTUSAN ONLINE