Ketua Biro Undang-un­da­ng­­­nya, Datuk Tay Puay Chuan berkata, tuduhan tersebut ter­nyata tidak berasas serta berniat jahat untuk memburuk-­burukkan MCA dalam kalangan rakyat.

“Lip Eng telah bercakap bohong untuk menjatuhkan reputasi MCA apabila mengaitkan aset parti itu dengan peruntukan kerajaan yang sepatutnya diberikan kepada SJKC.

“MCA tidak pernah me­lakukannya, malah kita sendiri sebenarnya telah menderma banyak wang kepada sekolah-sekolah Cina,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Lip Eng menggesa MCA mengisytiharkan aset parti itu kepada umum berikutan kegagalannya memberikan peruntukan kepada SJKC dan sekolah menengah jenis kebangsaan Cina (SMJKC).

Tindakan itu didakwanya perlu bagi membuktikan sama ada MCA adalah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib kaum Cina atau sebaliknya de­ngan menggunakan wang Kerajaan Persekutuan semata-mata.

Puay Chuan menambah, Lip Eng perlu menarik balik kenya­taan tersebut serta mengeluarkan permohonan maaf secara penuh berhubung dakwaan itu.

“Kita juga mahu Lip Eng memberi jaminan tidak akan mengulangi kenyataan itu,” tegasnya.