Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahkamah tolak saman pemula lima pelajar UM, UKM sertai MO1

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Permohonan empat pelajar Universiti Malaya (UM) dan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sebelum ini digantung pengajian selepas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib kerana menyertai perhimpunan aman, Malaysian Official 1 (MO1) pada 2016, ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim S. Nantha Balan dalam keputusannya menyatakan, Seksyen 15(3)(b) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak bertentangan dengan artikel Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kebebasan bersuara dan berhimpun.

Pada 27 Disember 2016, empat pelajar UM yang didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib kerana menyertai perhimpunan MO1,

memfailkan saman pemula atas dakwaan tindakan disiplin ke atas mereka bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka ialah Anis Syafiqah Md. Yusof, 25, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, 24, Muhammad Luqman Hakim Mohd. Fazli, 23, dan Suhail Wan Azahar, 23.

Pada Mac lalu, Asheeq Ali Sethi Alivi, 22, pula memfailkan permohonan serupa selepas digantung pengajiannya oleh UKM kerana menyertai perhimpunan yang sama. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain