KUALA LUMPUR 10 Sept. - Mahkamah Singapura telah meluluskan perintah pelupusan terhadap wang yang diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan atau anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd.
Peguam cara mewakili kerajaan Malaysia dan Kumpulan Syarikat 1MDB, Tan Rajah & Cheah dalam satu kenyataan menjelaskan, wang yang dikembalikan membabitkan pelbagai mata wang bernilai kira-kira S$15.3 juta (RM46 juta).
“Wang tersebut dipindahkan ke sebuah akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.
“Usaha untuk mengesan aset-aset lain yang diselewengkan (daripada syarikat itu) juga sedang dilaksanakan,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE.