Kes jenayah itu membabitkan tujuh tuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC International Sdn. Bhd.

Mahkamah Rayuan turut menolak permohonan Najib untuk mendapatkan beberapa dokumen mengenai kes itu dan rayuan mengenai sijil pindahan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Rayuan bagaimanapun membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu berhubung pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes berkenaan.

Keputusan tersebut diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zabariah Mohd. Yusof, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan. - UTUSAN ONLINE