Laporan pakar itu menurut Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan kerajaan akan difailkan oleh pihaknya pada atau sebelum 14 Julai ini. 


Semakan kehakiman itu menurut Shamsul akan didengar pada 19 September ini. 


Pada 20 Ogos 2008, Jill memfailkan semakan kehakiman untuk mendapatkan perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) bagi mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengembalikan kelapan-lapan CD tersebut.


Wanita itu turut memohon perisytiharan bahawa dia mempunyai harapan sah untuk bebas menggunakan perkataan Allah selain mempunyai hak memiliki, memperoleh, menggunakan dan mengimport bahan yang dicetak serta diterbitkan termasuk lapan CD terbabit.


Dalam afidavit bagi menyokong permohonannya, Jill menyatakan, lapan CD ajaran agama Kristian itu dirampas semasa dia tiba di Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang pada 11 Mei 2008.


Wanita itu mendakwa, CD terbabit yang dibawa masuk dari Indonesia adalah untuk kegunaan sendiri.-UTUSAN ONLINE