Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak memutuskan demikian terhadap Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu.

Pada 28 September tahun lalu, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, dihukum penjara tiga bulan dan denda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dalam satu ceramah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di no. 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan (Akta 15) dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun. - UTUSAN ONLINE.