Waran tersebut dikeluarkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Timbalan Pendakwa Raya, Alia Sumayyah Amran membuat permohonan tersebut.

Permohonan dibuat berikutan kegagalan pelakon itu hadir ke mahkamah, ketiadaan penjamin dan tidak memberikan sijil cuti sakit kepada mahkamah.

Nor Ariffin berkata, waran tangkap dikeluarkan kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah atas ketidakhadiran tertuduh hari ini.

Bagaimanapun, peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil memohon untuk membatalkan pengeluaran waran itu sehingga tarikh perbicaraan seterusnya pada 14 Januari nanti. - UTUSAN ONLINE