Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, mahkamah seumpama itu yang terdapat di Putrajaya sebelum ini hanya mengendalikan kes di kawasan Selangor sahaja.

"Bagi kes di negeri, kerajaan bercadang untuk mengubah suai mahkamah sedia ada di setiap negeri yang akan dikhususkan untuk  jenayah melibatkan kanak-kanak.

"Pada masa sekarang, kami telah mengenal pasti dua buah negeri di semenanjung yang akan membuat mahkamah ini. Baagaimanapun, ia masih lagi dalam perancangan dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita (Tribute To Woman) 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE