Tanah di Jalan Duta yang pada asalnya dimiliki oleh Semantan Estates Sdn. Bhd. itu merangkumi pembangunan projek-projek mega termasuk Stadium Hoki dan Kompleks Tenis Tun Razak, Masjid Wilayah dan Arkib Negara selain menempatkan beberapa bangunan kerajaan.

Mahkamah Tinggi pada 31 Mac 2010 membenarkan saman Semantan Estates dan mengisytiharkan proses pengambilalihan tanah tersebut pada 1956, tidak sah dan terbatal serta memerintahkan ganti rugi ditaksir oleh penolong kanan pendaftar.  

Rayuan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan ditolak pada 18 Mei 2012 manakala permohonan bagi mendapat kebenaran merayu turut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 21 November 2012.

Panel lima hakim bersidang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak, menetapkan keputusan diumumkan pada satu tarikh lain. - UTUSAN ONLINE.