Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Umi Khaltum Abdul Majid setelah bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh.

Beliau sehubungan membenarkan permohonan SPR untuk mengetepikan kebenaran permohonan semakan kehakiman yang diperoleh oleh tujuh pengundi kawasan berkenaan.

Keputusan itu dibuat tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Beliau bersidang bersama Datuk Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Idrus Harun.

Mereka sebelum ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Melaka pada 3 Mei lalu untuk mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Kesan daripada keputusan Mahkamah Rayuan bermakna permohonan tujuh pemohon yang diwakili peguam Datuk S. Ambiga untuk mencabar keputusan mahkamah itu berakhir. - UTUSAN ONLINE