Hakim Datin Azizah Nawawi membenarkan PPMM yang diwakili peguam Abdul Rahim Sinwan dan Adzly Manaf selepas mendengar permohonan tersebut di kamar hakim.

Pada 10 Oktober lalu, Badan Peguam telah memfailkan saman pemula bagi mencabar pelantikan Md. Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan, diisytihar sebagai tidak sah, melanggar perlembagaan dan terbatal.

PPMM pada 13 Disember lalu, telah mengemukakan permohonan supaya diberikan kebenaran mencelah dan ditambah sebagai pihak dalam prosiding saman pemula Badan Peguam atas alasan terdapat beberapa tafsiran peruntukkan perlembagaan berkaitan isu pelantikan hakim tambahan, jawatan Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia itu.

Abdul Rahim memberitahu pemberita, Hakim Azizah menetapkan 2 Januari depan pengurusan kes saman tersebut untuk Mahkamah Tinggi memastikan apakah fakta-fakta lima persoalan undang-undang yang akan dikemukakan oleh Badan Peguam Malaysia ke Mahkamah Persekutuan.

Terdahulunya, menurut Abdul Rahim, Hakim Azizah memutuskan tidak akan menjawab lima persoalan undang-undang tersebut sebaliknya persoalan melibatkan isu Perlembagaan itu akan ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan. -utusan online