Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mahkamah benar injunksi CZBUCG terhadap Cheng Guan

mahkamah
NAIB Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan (dua dari kanan) dan peguamnya, Baljit Singh ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini. - UTUSAN

PULAU PINANG 14 sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan injunksi Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd. (CZBUCG) bagi menghalang Datuk Huan Cheng Guan mengeluarkan kenyataan berhubung pembinaan terowong dasar laut di negeri ini.

Peguam Cheng Guan, Datuk Baljit Singh ketika ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan itu dibuat Hakim Datuk Rosilah Yop di dalam kamar di hadapan kedua-dua pihak termasuk peguam Tengku Haris Tengku Rostam yang mewakili CZBUCG.

Bagaimanapun, kata Baljit, keputusan itu hanya melibatkan CZBUCG selaku plaintif pertama tetapi injunksi anak guamnya, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) terhadap Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith) tidak berkaitan.

“Oleh itu, injunksi ini mengikut pandangan kami hanyalah terhadap satu syarikat yang sudah tidak lagi wujud, Cheng Guan akan tetap berbincang mengenai isu melibatkan Zenith, bukannya CZBUCG.

“Akan tetapi, walaupun secara praktikalnya anak guam saya tidak dihalang mengeluarkan kenyataan tentang Zenith, kita akan membuat rayuan sebab perkara ini penting untuk rakyat negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Consortium Zenith, syarikat yang diberi kepercayaan membina terowong bernilai RM6.34 bilion itu, memfailkan saman terhadap Cheng Guan pada 11 Ogos 2016 selain memfailkan injunksi bagi melarangnya mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung projek itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain