Peguam Kanan Persekutuan, Mohamad Rizal Fadzil yang mewakili Menteri dan kerajaan memberitahu pemberita, mereka telah berbincang dan bersetuju untuk mengeluarkan kedua-dua nya daripada saman pemula tersebut.

Peguam Cyrus Tiu Foo Woei yang mewakili Anis Syafiqah Md. Yusof, 24, Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, 23, Muhammad Luqman Hakim Mohd. Fazli, 22, dan Suhail Wan Azahar, 22, selaku pihak plaintif berkata, Menteri dan kerajaan menarik balik permohonan untuk membatalkan saman itu.

“Oleh itu, permohonan kedua-duanya yang dinamakan sebagai defendan kedua dan ketiga dibatalkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, S. Nantha Balan tanpa sebarang kos,” kata Foo Woei.