​Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ahmadi Asnawi​ sebaliknya​
memerintahkan perbicaraan didengar di Mahkamah Sesyen Sepang, dekat sini. Tarikh sebutan ditetapkan pada 26 April ini.


Hakim Ahmadi yang bersidang bersama Datuk Kamardin Hashim dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berpuas hati perbicaraan harus dimulakan selepas kuorum itu tidak bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan.


Tertuduh diwakili oleh peguam Latheefa Koya manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sophian Zakaria.


Pada 18 Februari 2016, Syarul Ema Rena, 37, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghantar komen bersifat menghina Perdana Menteri menerusi laman sosial, Facebook pada pukul 12.02 malam, 6 Oktober 2015.


Tertuduh yang menggunakan nama samaran ‘Ratu Naga’ di laman sosial Facebooknya didakwa menghantar komen yang jelik dan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bertujuan menyakitkan hati pihak lain.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama iaitu denda maksimum RM50,000 dan penjara sehingga setahun atau kedua-duanya. - UTUSAN ONLINE.