Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lima remaja didakwa rogol, lakukan seks luar tabii

TIGA daripada lima remaja didakwa atas pertuduhan merogol dan
TIGA daripada lima remaja didakwa atas pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka, semalam. Utusan/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA 7 Mac –Lima remaja lelaki bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang gadis ber­usia 14 tahun antara hujung tahun lalu dan awal tahun ini.

Mengikut pertuduhan, dua daripada tertuduh yang berusia 16 tahun didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di daerah ini kira-kira pukul 3 petang, Januari lalu dan mereka dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, tiga lagi tertuduh yang berusia 16 dan 17 tahun didakwa melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang sama di sebuah rumah dan di surau sebuah sekolah di daerah ini antara pukul 11 pagi, Oktober 2016 dan 10 malam, Disember tahun sama.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria, sementara kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Norina Maludin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Mei ini untuk serahan dokumen.

Kesemua tertuduh membayar jaminan menerusi ahli keluarga mereka yang hadir.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain