Jefferey Jery, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohamad Som.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda.

Dia didakwa memukul Jrem Badi, 33, melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 9.30 malam, 9 Ogos 2016 di sebuah unit di Apartmen Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini.

Tertuduh yang kini tidak bekerja didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh merayu hukuman denda ringan kerana telah dibuang kerja dan perlu membayar sewa rumah selepas berhijrah dari kampungnya, di Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira serangan tertuduh telah mengakibatkan kecederaan kepada mangsa. - UTUSAN ONLINE