Majistret Zuhair Rosli turut memerintahkan Ahmad Zaid Zainal, 24, untuk menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, semalam.

Lelaki itu didakwa telah melakukan pecah rumah dan mencuri rantai emas, gelang tangan emas, wang tunai dan beg sekolah keseluruhan bernilai RM20,250 di sebuah rumah di Lorong Keramat 8, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara pukul 8 pagi dan 8.30 malam, 9 Februari 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda dan jika kesalahan mencuri, boleh dipenjara sehingga 14 tahun manakala bagi kesalahan kedua dan berturut-turut, boleh juga dikenakan sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh. - UTUSAN ONLINE