Tertuduh, Rezeka Ravi, 28, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Fitri Sadarudin.


Tiada pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh.


Mengikut pertuduhan, Rezeka didakwa membunuh Saleh Kambi, 51, di belakang rumah bernombor B6/2, Kampung Chenderong Kelubi Sungai Galah, Kampung Gajah kira-kira pukul 6 hingga 6.30 petang, 7 Januari lalu.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan. 


Majistret Mohd. Fitri menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes.-UTUSAN ONLINE