DARREN CHOW KOK LEONG
DARREN CHOW KOK LEONG

Perintah tersebut dibuat Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi selepas tertuduh, Darren Chow Kok Leong gagal membayar denda berjumlah RM50,000 setelah mahkamah memberinya tempoh lima hari sehingga hari ini untuk membayar denda tersebut.

Pada 20 Oktober lalu, mahkamah mendapatinya bersalah di bawah Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan sebanyak 36 ekor labah-labah jenis Malay Blue Femur tanpa lesen.

Berdasarkan fakta kes, lelaki berusia 40-an itu ditahan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kilometer 11 Jalan Bahau-Keratong, Jempol pada pukul 10 pagi, 5 Ogos tahun lalu.

Semasa pemeriksaan, anggota Perhilitan menemukan sebanyak 193 ekor spesies labah-labah yang disimpan di dalam 42 bekas plastik di dalam kereta jenis Toyota Unser miliknya. - UTUSAN ONLINE