Pindaan Seksyen 39B akta itu membolehkan peruntukan tambahan dimasukkan yang memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati mandatori dalam keadaan-keadaan tertentu.

Permohonan pertama seumpamanya di negara ini difailkan oleh Hamidreza Farahmand Hassan, 43, melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman hari ini.

Bekas jurulatih kick boxing profesional itu memfailkan permohonan selepas Jemaah Menteri pada 1 Mac lalu memutuskan Seksyen 39B dipinda dengan memasukkan peruntukan tambahan yang memberi budi bicara kepada hakim menjatuhkan hukuman selain daripada hukuman mati mandatori. - UTUSAN ONLINE.