Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki dituduh gubah wang haram bernilai RM2.8 juta

Gubah wang haram 2
TERTUDUH, Zulhilmi Mat [email protected] (baju merah) menghadapi tujuh pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini. - UTUSAN ONLINE

ALOR SETAR 16 Mac - Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram bernilai RM2.8 juta, tiga tahun lepas.

Tertuduh Zulhilmi Mat [email protected], 34, bagaimanapun tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan dua Hakim Mahkamah Sesyen berasingan, Najwa Che Mat dan Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan Zulhilmi didakwa melakukan pengubahan wang haram dengan menerima sebanyak RM50,000, RM1.9 juta, RM195,000, RM222,000, RM290,000, RM60,000 dan RM102,749 yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya di Malayan Banking Berhad, RHB Bank Berhad, CIMB Berhad dan Public Bank Berhad di sini.

Zulhilmi didakwa melakukan kesalahan itu yang melibatkan tujuh transaksi di bank berkenaan antara November 2014 hingga 30 Januari 2015 di kesemua lokasi bank berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husmarudin Husin mengikut dibawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda tidak melebihi lima kali ganda daripada nilai hasil aktiviti tersebut. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain