Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Zamri Basar,  28, setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, melarikan13 unit telefon bimbit pelbagai jenama dan wang tunai berjumlah RM1,500 milik kedai AMRA Enterprise.


Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di premis perniagaan tersebut di  Blok A, Pusat Dagangan NZX, Jalan PJU 1A/41B, Ara Damansara dekat sini, kira-kira pukul 2.30 petang, 25 November tahun lalu.


Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.-UTUSAN ONLINE.