C. Kamaleshwaran, 38, yang sebelum ini telah beberapa kali didakwa di mahkamah atas tuduhan serupa, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.


Dia didakwa menipu seorang lelaki warga emas, Foo Kee Peng, 68, dengan memperdayakan mangsa supaya menyerahkan wang tunai berjumlah RM150,000 bagi menyelesaikan saman TNB tersebut di lobi Hotel PJ Hilton, di sini, kira-kira pukul 2.20 petang, 31 Mac tahun lalu.


Pendakwaan terhadap lelaki itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.


Keat Mee tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh  namun mahkamah membenarkan Kamaleshwaran diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 19 Mei ini untuk sebutan semula kes.-UTUSAN ONLINE