K. Krishnakumar, 49, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap pemandu van, P. Govindasamy, 44, di depan sebuah blok, Bandar Baru Sentul di sini pada pukul 10.30 pagi, 4 Oktober lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran namun Krishnakumar yang tidak diwakili peguam hanya memberitahu mahkamah adiknya akan membayar jaminan itu.

Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan tiada ahli keluarga tertuduh di dalam mahkamah semasa prosiding berlangsung dan menetapkan 14 November ini untuk sebutan kes.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian setelah menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa yang menyatakan adik iparnya itu telah bergaduh dengan anaknya. - UTUSAN ONLINE