Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memukul adik lelakinya berusia 21 tahun menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan cedera parah patah tangan kiri bahagian bawah jari kelima.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 4.30 petang di Kampung Paya Rumput Jaya, pada 21 Oktober lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

 

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban memohon agar jaminan tidak dibenarkan kerana khuatir tertuduh akan mengganggu mangsa yang juga adiknya memandangkan mereka tinggal bersama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar diberikan jaminan dengan alasan perlu menjaga bapanya yang mempunyai masalah kesihatan.

Selepas mendengar hujah kedua-kedua pihak, Norma kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000, namun jaminan itu akan ditarik serta merta sekiranya mahkamah mendapati tertuduh mengganggu mangsa.

Beliau kemudian menetapkan 4 Disember depan tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. - UTUSAN ONLINE