A. Sivanyanam didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Lau Jun Feng, 45, dengan meminta wang RM1,000 sebulan di sebuah restoran, Jalan BK 5A/2, Puchong, dekat sini kira-kira pukul 8.30 malam, 3 April lalu.


Lelaki yang bekerja sendiri itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.


Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin mencadangkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sementara peguam, Raj Preet yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan tertuduh berasal daripada keluarga yang susah dan tidak mampu untuk membayar ikat jamin yang tinggi.


Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan kes dan serahan dokumen. - UTUSAN ONLINE