A. Maniraj, 24, didakwa memiliki senjata itu di dalam beg silang berwarna coklat jenama Coach yang dipakai di Jalan Changkat, Bukit Bintang di sini, pada pukul 10.15 pagi, 1 November lalu.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad tidak mencadangkan sebarang jaminan ekoran kesalahan tersebut tidak boleh dijamin, bagaimanapun Maniraj yang tidak diwakili peguam merayu dibenarkan jaminan dengan alasan dia menanggung kedua-dua ibu bapa yang sudah tua dan seorang kakak.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 November ini untuk sebutan kes. - UTUSAN ONLINE