Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Shafiee Chin, 49, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Mohd. Alif Abdul Aziz.


Tertuduh yang juga seorang ejen penghantaran didakwa mengedar pil itu di Kompleks Kargo MAS LTAPP kira-kira pukul 4.30 petang pada hari kejadian.


Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE